Sekapur sirih.

10/11/2012

Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru :


 Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu beliau berkata: 
Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda bagi kami : Sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya orang ramai akan datang menemui kamu dari seluruh dunia. Mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik´.






K. A. M . I



assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog , 

Pertamanya, kami ingin mengungkapkan kata syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kami kesempatan untuk menyiapkan blog ini. Blog ini merupakan satu tugasan Kerja Kursus Pendek ( KKP ) bagi subjek EDU 3109 ( Guru dan Cabaran Semasa )   untuk semua pelajar semester 8 ambilan Januari 2009. Salah satu komponen dalam KKP ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus GURU DAN CABARAN SEMASA. 

Kami berharap segala maklumat dan info yang disiarkan di blog ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan bersama. Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa di blog ini. Wasalam :) 






Langkah-langkah menangani Burnout Guru

04/08/2012

Langkah - langkah menangani Burnout Guru.


Cara - cara menangani Burnout Guru.


( sila klik imej yang lebih besar )

Paparan video ( Cara menangani  burnout )

video




Tanda - tanda dan simptom Burnout

Tanda - tanda dan simptom Burnout .

Tanda- tanda dan simptom Burnout




Punca-punca Burnout Guru

Punca-punca Burnout Guru :


Punca-punca Burnout Guru



Perbezaan antara Stress dan Burnout

Perbezaan antara stress dan burnout :

Perbezaan antara stress dan burnout

Konsep Burnout

Konsep Burnout :

konsep Burnout

Burnout Guru

Pendahuluan :


‘Burnout’





  1. Fenomena ‘ burnout’ telah mula dikaji seawal tahun 1970-an ( Pastore & Judd, 1992 ). Walau bagaimanapun, sehingga kini agak sukar untuk mendapatkan satu definisi operational yang konkrit tentang ‘ burnout’.
  2. Freudenberger (1980 ) mentakrifkan ‘burnout’ sebagai :" ...a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward."   ( h. 74 )

  1. Namun begitu, sering kali wujud kekeliruan di kalangan penulis dan pengkaji tentang penggunaan konsep ‘burnout’ dan tekanan (stress). Konsep-konsep ini telah digunakan secara silih berganti dalam berbagai-bagai penulisan walaupun pada hakikatnya ada perbezaan di antara kedua-dua konsep tersebut.
  2.  Ini adalah kerana terdapat persamaan ciri-ciri dan simptoms-simptomps pada individu yang mengalami masalah-masalah tersebut. Menurut Lazarus (1966) dan Selye (1976), " burnout is usually a result of unmediated stress, and in several theories certain stress reactions are referred to in terms that are similar to those used to describe burnout. "( Friedman, 1995 ). 
  3. Farber (1983) pula menyimpulkan bahawa " in general burnout can be conceptualized as a function of the stresses engendered by individual, work-related and societal factors "( h. 3 ).


 Faktor mengalami burnout :

  1. Maslach dan Pines telah mengkaji tentang ‘burnout’ dari perpektif sosial-psikologikal. Kajian mereka telah berjaya menghasilkan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventori. 
  2. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk menaksir tiga faktor dalam mengukur ‘burnout’ terhadap individu
  3. . Faktor-faktor tersebut adalah dari segi keletihan emosi ( emotion exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization ), dan pencapaian peribadi ( personal accomplishment ). 
  4. Di samping itu, Maslach dan Pines percaya bahawa ciri-ciri kerja/tugas dalam sesebuah organisasi adalah faktor penentu utama terhadap kebarangkalian seseorang itu akan mengalami ‘ burnout’            ( Gold & Roth, 1993 ).
  1. Dalam kajian ini ‘burnout’ adalah merujuk kepada ciri-ciri yang disarankan dalam kajian Pines dan Aronson (1981). 
  2. Pines dan Aronson (1981) telah menggubal inventori ‘burnout’ dengan mengubah suai daripada Maslach Burnout Inventori untuk memenuhi tujuan kajian mereka tentang persekitaran kerja di kalangan guru, jururawat, ahli perubatan, dan pengurus-pengurus perniagaan ( Fejgin et.al, 1995 ). 
  3. Inventori ‘burnout’ Pines dan Aronson(1981) telah menaksirkan tiga komponen ‘burnout’ iaitu, keletihan ( exhaustion ) fizikal, emosi dan mental. 
  4. Sehubungan itu, daripada kajian Pines dan Aronson (1981), ‘ burnout’ dicirikan sebagai suatu keadaan yang dialami oleh mental-emosi dan fizikal individu seperti kelesuan, kemurungan, optimistik, perasaan terperangkap, perasaan tidak berguna, dan perasaan energetik ( Fejgin et.al,1995 ).
Paparan video ( What Is Students want from their teachers )

video