Tanda - tanda dan simptom stress.

03/08/2012

1.1.2 : Tanda- tanda dan simptom stress :

Terdiri daripada 4 bidang :

  1. Kognitif
  2. Emosi
  3. Tingkah laku
  4. Fizikal
Tanda-tanda dan simptom stress




Faktor-faktor stress dalam kalangan guru.

1.1.2 : Faktor dan tanda stress :

Pendahuluan :

  1. Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini.
  2. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’ (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000).
  3. Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat.
  4.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari.
Faktor-faktor stress ( Dunham dan Varma, 1998)

Faktor  stress ( Dunham & Varma, 1998)

(sila klik untuk imej yang lebih besar)
Faktor-faktor stress ( Kyriacou, 1987 )

Faktor stress ( Kyriacou, 1987)


Faktor-faktor stress ( National Union of Teaching Profession )

Faktor-faktor stress ( NUTP)





Tekanan Stress dalam kalangan Guru

Konsep stress dalam kalangan guru


1.1.2 : Tekanan stress dalam kalangan guru 


  • Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003).
  •  Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari Esah Sulaiman (2003). 
  • Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja.
  •  Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. 
  • Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran.
  •  Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental.
  • Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.


Jenis-jenis stress :

Jenis-jenis stress

(sila klik untuk imej yang lebih besar)




Konsep Tekanan Stress

1.1.1 : Konsep Tekanan Stress.

Konsep tekanan stress

Konsep tekanan stress : 

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 
  • Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.  
  • Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. 
  • Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian (ruhaniah)

  • Surah Al-Baqarah(2):155  Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”
  • Hadis :   Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )



Pengenalan

Definisi emosi berdasarkan  Al Quran :

 Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan kemudaratan. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-An’am ayat 15 yang mana telah menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia. 

Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika Aku mendurhakai Tuhanku." 


Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Qur’an wa Ilm al-Nafs telah membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah s.w.t, manusia dan juga takut kepada kematian serta kemiskinan. 


                                                                                  (sumber rujukan)

Definisi emosi menurut perspektif Islam :

"Manusia mempunyai dua dimensi kepribadian.  Pertama, yang disebut dengan al-bu'dzil malakuti atau dirnensi kemalaikatan yang berasal dari alam malakut. Ada satu bagian dalam diri kita yangmembawa kita ke arah kesucian, yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Dimensi ini mendorong kita untuk berbuat baik, membuat kita tersentuh oleh penderitaan orang lain, dan mengajak kita untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dengan kata lain, dimensi ini adalah sisi kebaikan yangada dalam diri manusia. Dimensi kedua, adalah dimensi kebinatangan atau al-budul bahimi. Dimensi inilah yang mendorong manusia untuk berbuat buruk, membuat hati kita keras ketika melihat penderitaan orang lain, dan menimbulkan rasa iri kepada orang lain yang lebih beruntung. Dimensi ini juga menggerakkan kita untuk marah dan dendam kepada sesama manusia. Inilah sisi buruk dalam diri manusia. 


Barangsiapa mampu menguasai emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan benar, maka ia akan melihat kebenaran, akan tahu jalan yang lurus danakan menemukan hakekat"


                                                                               (sumber rujukan )


Definisi emosi dari sudut psikologi :

"Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. "


                                                                              (sumber rujukan)


                                                                           
Jika dimensi kemalaikatan membawa manusia dekat kepada Allah, dimensi kebinatangan membawa

Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru

Gambaran peta minda mengenai tekanan emosi dalam kalangan guru . 

Hasil Pembelajaran :
  1. Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.
  2. Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.
  3. Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.

Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru