Sekapur sirih.

10/11/2012

Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru :


 Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu beliau berkata: 
Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda bagi kami : Sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya orang ramai akan datang menemui kamu dari seluruh dunia. Mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik´.






K. A. M . I



assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog , 

Pertamanya, kami ingin mengungkapkan kata syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kami kesempatan untuk menyiapkan blog ini. Blog ini merupakan satu tugasan Kerja Kursus Pendek ( KKP ) bagi subjek EDU 3109 ( Guru dan Cabaran Semasa )   untuk semua pelajar semester 8 ambilan Januari 2009. Salah satu komponen dalam KKP ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus GURU DAN CABARAN SEMASA. 

Kami berharap segala maklumat dan info yang disiarkan di blog ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan bersama. Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa di blog ini. Wasalam :)