Langkah-langkah menangani Burnout Guru

04/08/2012

Langkah - langkah menangani Burnout Guru.


Cara - cara menangani Burnout Guru.


( sila klik imej yang lebih besar )

Paparan video ( Cara menangani  burnout )





Tanda - tanda dan simptom Burnout

Tanda - tanda dan simptom Burnout .

Tanda- tanda dan simptom Burnout




Punca-punca Burnout Guru

Punca-punca Burnout Guru :


Punca-punca Burnout Guru



Perbezaan antara Stress dan Burnout

Perbezaan antara stress dan burnout :

Perbezaan antara stress dan burnout

Konsep Burnout

Konsep Burnout :

konsep Burnout

Burnout Guru

Pendahuluan :


‘Burnout’





  1. Fenomena ‘ burnout’ telah mula dikaji seawal tahun 1970-an ( Pastore & Judd, 1992 ). Walau bagaimanapun, sehingga kini agak sukar untuk mendapatkan satu definisi operational yang konkrit tentang ‘ burnout’.
  2. Freudenberger (1980 ) mentakrifkan ‘burnout’ sebagai :" ...a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward."   ( h. 74 )

  1. Namun begitu, sering kali wujud kekeliruan di kalangan penulis dan pengkaji tentang penggunaan konsep ‘burnout’ dan tekanan (stress). Konsep-konsep ini telah digunakan secara silih berganti dalam berbagai-bagai penulisan walaupun pada hakikatnya ada perbezaan di antara kedua-dua konsep tersebut.
  2.  Ini adalah kerana terdapat persamaan ciri-ciri dan simptoms-simptomps pada individu yang mengalami masalah-masalah tersebut. Menurut Lazarus (1966) dan Selye (1976), " burnout is usually a result of unmediated stress, and in several theories certain stress reactions are referred to in terms that are similar to those used to describe burnout. "( Friedman, 1995 ). 
  3. Farber (1983) pula menyimpulkan bahawa " in general burnout can be conceptualized as a function of the stresses engendered by individual, work-related and societal factors "( h. 3 ).


 Faktor mengalami burnout :

  1. Maslach dan Pines telah mengkaji tentang ‘burnout’ dari perpektif sosial-psikologikal. Kajian mereka telah berjaya menghasilkan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventori. 
  2. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk menaksir tiga faktor dalam mengukur ‘burnout’ terhadap individu
  3. . Faktor-faktor tersebut adalah dari segi keletihan emosi ( emotion exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization ), dan pencapaian peribadi ( personal accomplishment ). 
  4. Di samping itu, Maslach dan Pines percaya bahawa ciri-ciri kerja/tugas dalam sesebuah organisasi adalah faktor penentu utama terhadap kebarangkalian seseorang itu akan mengalami ‘ burnout’            ( Gold & Roth, 1993 ).
  1. Dalam kajian ini ‘burnout’ adalah merujuk kepada ciri-ciri yang disarankan dalam kajian Pines dan Aronson (1981). 
  2. Pines dan Aronson (1981) telah menggubal inventori ‘burnout’ dengan mengubah suai daripada Maslach Burnout Inventori untuk memenuhi tujuan kajian mereka tentang persekitaran kerja di kalangan guru, jururawat, ahli perubatan, dan pengurus-pengurus perniagaan ( Fejgin et.al, 1995 ). 
  3. Inventori ‘burnout’ Pines dan Aronson(1981) telah menaksirkan tiga komponen ‘burnout’ iaitu, keletihan ( exhaustion ) fizikal, emosi dan mental. 
  4. Sehubungan itu, daripada kajian Pines dan Aronson (1981), ‘ burnout’ dicirikan sebagai suatu keadaan yang dialami oleh mental-emosi dan fizikal individu seperti kelesuan, kemurungan, optimistik, perasaan terperangkap, perasaan tidak berguna, dan perasaan energetik ( Fejgin et.al,1995 ).
Paparan video ( What Is Students want from their teachers )


Langkah-langkah menangani stress

Langkah menangani stress :


Cara menangani stress :


Langkah-langkah menangani stress

(sila klik untuk imej yang lebih besar)

10 Cara Menangani Stress


Senyum .

  • Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh. Pasti sedikit tekanan akan reda.



Bersendirian.

  • Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.


Bertenang

  • Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.


Berbuat baiklah pada insan.

  • Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga.


Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.

  • Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

Peluk.

  • Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.


Lavender.

  • Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).


Kasih sayang.

  • Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.


Taat kepada Allah.

  • Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.


Ceria.

  • Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.



Paparan video ( Keseronokkan bekerja):


Langkah-langkah menangani stress ( Islam)

Langkah-langkah menangani stress :

Dari sudut psikologi Islam





Solat :
  a.Solat  Hajat  
     Kelebihan solat hajat :

  1. Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
  2. Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
  3. Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
  4. Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
  5. Tidak putus asa dengan takdir Allah.
  6. Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja            (tidak boleh dilafazkan kerana  masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).
  7. Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)

            ( Panduan cara solat hajat )

  b. Solat Taubat
      Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
  • ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat .Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
  • Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
  6. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
            (Panduan cara solat taubat)

Doa :

 Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

Zikir 



  1. Diriwayatkan bahawa seorang sahabat r. a berkata:  "Ya Rasulullah s. a. w hukum-hukum syariah (undang-undang Islam) ini telah banyak bagiku, tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku," Baginda s. a. w bersabda:  " Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikrullah."
  • Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r. a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:" Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda: "Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia."



Membaca al Quran 


  1. Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air," seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran 
Paparan video  ( Cara menangani stress )





Apakah kesan buruk gejala stress?


  • Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang dan berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.




Tanda - tanda dan simptom stress.

03/08/2012

1.1.2 : Tanda- tanda dan simptom stress :

Terdiri daripada 4 bidang :

  1. Kognitif
  2. Emosi
  3. Tingkah laku
  4. Fizikal
Tanda-tanda dan simptom stress




Faktor-faktor stress dalam kalangan guru.

1.1.2 : Faktor dan tanda stress :

Pendahuluan :

  1. Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini.
  2. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’ (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000).
  3. Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat.
  4.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari.
Faktor-faktor stress ( Dunham dan Varma, 1998)

Faktor  stress ( Dunham & Varma, 1998)

(sila klik untuk imej yang lebih besar)
Faktor-faktor stress ( Kyriacou, 1987 )

Faktor stress ( Kyriacou, 1987)


Faktor-faktor stress ( National Union of Teaching Profession )

Faktor-faktor stress ( NUTP)





Tekanan Stress dalam kalangan Guru

Konsep stress dalam kalangan guru


1.1.2 : Tekanan stress dalam kalangan guru 


  • Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003).
  •  Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari Esah Sulaiman (2003). 
  • Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja.
  •  Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. 
  • Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran.
  •  Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental.
  • Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.


Jenis-jenis stress :

Jenis-jenis stress

(sila klik untuk imej yang lebih besar)




Konsep Tekanan Stress

1.1.1 : Konsep Tekanan Stress.

Konsep tekanan stress

Konsep tekanan stress : 

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 
  • Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.  
  • Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. 
  • Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian (ruhaniah)

  • Surah Al-Baqarah(2):155  Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”
  • Hadis :   Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )



Pengenalan

Definisi emosi berdasarkan  Al Quran :

 Manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan kemudaratan. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-An’am ayat 15 yang mana telah menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia. 

Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika Aku mendurhakai Tuhanku." 


Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya al-Qur’an wa Ilm al-Nafs telah membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah s.w.t, manusia dan juga takut kepada kematian serta kemiskinan. 


                                                                                  (sumber rujukan)

Definisi emosi menurut perspektif Islam :

"Manusia mempunyai dua dimensi kepribadian.  Pertama, yang disebut dengan al-bu'dzil malakuti atau dirnensi kemalaikatan yang berasal dari alam malakut. Ada satu bagian dalam diri kita yangmembawa kita ke arah kesucian, yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Dimensi ini mendorong kita untuk berbuat baik, membuat kita tersentuh oleh penderitaan orang lain, dan mengajak kita untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dengan kata lain, dimensi ini adalah sisi kebaikan yangada dalam diri manusia. Dimensi kedua, adalah dimensi kebinatangan atau al-budul bahimi. Dimensi inilah yang mendorong manusia untuk berbuat buruk, membuat hati kita keras ketika melihat penderitaan orang lain, dan menimbulkan rasa iri kepada orang lain yang lebih beruntung. Dimensi ini juga menggerakkan kita untuk marah dan dendam kepada sesama manusia. Inilah sisi buruk dalam diri manusia. 


Barangsiapa mampu menguasai emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan benar, maka ia akan melihat kebenaran, akan tahu jalan yang lurus danakan menemukan hakekat"


                                                                               (sumber rujukan )


Definisi emosi dari sudut psikologi :

"Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. "


                                                                              (sumber rujukan)


                                                                           
Jika dimensi kemalaikatan membawa manusia dekat kepada Allah, dimensi kebinatangan membawa

Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru

Gambaran peta minda mengenai tekanan emosi dalam kalangan guru . 

Hasil Pembelajaran :
  1. Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.
  2. Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.
  3. Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.

Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru