Langkah-langkah menangani stress ( Islam)

04/08/2012

Langkah-langkah menangani stress :

Dari sudut psikologi Islam





Solat :
  a.Solat  Hajat  
     Kelebihan solat hajat :

  1. Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
  2. Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
  3. Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
  4. Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
  5. Tidak putus asa dengan takdir Allah.
  6. Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja            (tidak boleh dilafazkan kerana  masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).
  7. Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat)

            ( Panduan cara solat hajat )

  b. Solat Taubat
      Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
  • ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat .Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
  • Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
  6. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
            (Panduan cara solat taubat)

Doa :

 Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

Zikir 



  1. Diriwayatkan bahawa seorang sahabat r. a berkata:  "Ya Rasulullah s. a. w hukum-hukum syariah (undang-undang Islam) ini telah banyak bagiku, tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku," Baginda s. a. w bersabda:  " Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikrullah."
  • Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r. a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:" Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda: "Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia."



Membaca al Quran 


  1. Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air," seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran 
Paparan video  ( Cara menangani stress )





Apakah kesan buruk gejala stress?


  • Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang dan berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.




0 comments: